19 November 2012 - 20:30

Ayatullah Sayid Ali Khamanei menegaskan bahawa perpaduan antara Syiah dan Sunni masih belum mencukupi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah al-Uzma Sayid Ali Khamenei dalam pertemuan bersama para pengurus jemaah haji pagi kelmarin berkata, "Musim haji menjadi titik pertemuan perpaduan, keagungan dan persamaan dunia Islam, hendaklah peluang keemasan ini dimanfaatkan sebaiknya."Ayatullah Khamenei menerangkan kewajipan haji sebagai kombinasi unsur-unsur ibadah, doa, kehadiran politik dan kemasyarakatan di dalamnya dengan mengegaskan, "Selepas kejayaan revolusi Islam, jemaah haji Iran bimbang terhadap fokus utama pengerjaan amalan haji secara sahih sedangkan  masyarakat yang besar dan penyingkiran perselisihan dapat memperbesarkan dan menyatukan umat sehingga memicu format gerakan baru dalam halatuju pembinaan insan, masyarakat dan perpaduan Islam. Pandangan ini hendaklah diperkenalkan kepada jemaah haji yang lain."Menurut Ayatullah Khamenei menegaskan bahawa perbezaan di antara Syiah dan Sunni pula bukanlah sesuatu yang baru. Tambah beliau lagi, "Peningkatan mendadak perselisihan secara luar biasa sejak akhir-akhir ini menunjukkan seruan pecah belah telah sengaja disuntik masuk ke dalam masyarakat Islam."Merasa tidak cukup dengan kesefahaman dan perpaduan yang ada sekarang, beliau berkata "Sebahagian dari perselisihan ini berpunca daripada tuduhan dan shubhah berasaskan gambaran yang salah. Gambaran ini perlu diperbetulkan. Apapun yang terjadi, sebahagian punca perselisihan yang lain ialah kesalahan tingkah laku yang perlu diperlu dikenal pasti secara terperinci dan diselesaikan."Beliau menceritakan huru hara yang melanda Syria sebagai salah satu contoh pemikiran yang cetek. Sambil menerangkan pendirian tegas Republik Islam Iran mengenai Syria beliau berkata, "Hakikat masalah Syria ialah kuasa angkuh dunia mempunyai niat ingin mewujudkan medan perang supaya rangkaian pejuang anti-Zionis yang berjiran dengan rantau dapat dihapuskan."Ayatullah Khamenei  menegaskan, jalan penyelesaian krisis Syria ialah menghalang penyeludupan senjata ke Syria, "Sebagaimana yang terjadi di negara-negara lain, pemerintah memerangi pemberontak asing yang telah dibekalkan senjata."Tambahnya lagi, "Sekiranya pemberontak Syria melepaskan senjata, mungkin mereka dapat memohon supaya kerajaan mendengar tuntutan pembangkang dan memberi izin untuk menerangkan apa yang mereka inginkan."Seterusnya pemimpin tertinggi revolusi Islam Iran ini mengucapkan terima kasih kepada para pengurus jemaah haji yang telah banyak berjasa. Beliau juga menegaskan betapa pentingnya pengukuhan kerjasama sesama mereka dengan berkata, "Janganlah berasa puas hati dalam setiap kemajuan dalam menyediakan pengurusan kepada jemaah haji."